Sunday, 2 August 2015

Sahabat II'

Sahabat,
Mungkin kau tidak pernah rasa apa yang aku rasa,
Mungkin pada kau ini hanya lah perkara biasa,
Mungkin ini kau tidak pernah lihat apa yang aku lihat.

Tapi,
Setiap apa yang kau lakukan aku rasa kesedihan,
Aku rasa setiap perbezaan antara kau dan aku,
Aku juga terasa setiap gerak geri kau bersama sahabat lain.

Dan di antara sahabat sahabat lain, 
Aku terasa hangat kelainan itu sungguh kuat.

Maaf sahabat, aku bukan sahabat yang terbaik untuk kalian. 

Hidup kita sama, 
Jurang kita yang berlainan.

Sedih'

Siapa sedih?
Orang yang rasa dirinya sudah diabaikan.

Sedih?
Sudah tentu,
Orang yang dulu kita rapat kian renggang dek waktu.

Dia,
Orang yang dulunya banyak berkongsi cerita kini berdiam.

Orang baru,
Kerap kali dia bergelak sesama dia tanpa menghiraukan aku.

Mungkin,
Aku bukan sahabat yang baik,
Mungkin aku bukan sahabat yang tepat buat si dia;

Mungkin,
Ini sudah ditetapkan.

Saturday, 1 August 2015

Manusia'

Manusia,
Sering kali dia petah berbicara,
Mengikut hati, tanpa perasaan.

Kadang,
Setiap perkara yang mereka lakukan,
Tidak ada satu pun yang mereka hargai.

Tidak,
Mereka jarang sekali hendak hargai,
Segala pemberian, mahupun perlakuan;
Hanya memandang sebelah mata.

Kasihan?
Sudah pasti tidak,
Kadang hanya lah satu pembaziran.

Sia-sia?
Jarang sekali pada si dia yang melakukan kebaikan.

Tapi,
Jika ia tidak di hargai,
Buat apa kita mahu kasihankan si dia?

Terasa hati,
Mungkin, apa yang dilakukan tidak pernah dihargai. 

Ikut hati,
Fikirkan diri sendiri, 
Tapi;
Akal bijak mengatakan, bantu selagi mampu.

Ikut nafsu,
Pasti tidak mampu.