Sunday, 4 May 2014

Istighfar Menajamkan Mata Hati (Bab 2)

Jika ibadat kita tidak lagi nikmat, tetapi terasa semakin berat, maka jangan hairan kerana ianya tanda hati kita sudah kebal disebabkan asap dosa kita yang semakin tebal. Walaupun ibadah kita sepenuh masa, namun, ketajaman rohani dan iman kita tumpul.

     Maka, tidak hairan jika solat kita hanya tinggal gerak badan tanpa getaran hati. Masjid berubah dari tempat beribadah menjadi tempat membicarakan urusan dunia. Ibadah haji dan umrah menjadi sejenis pelancong dan pelayaran. Zakat dikeluarkan sama beratnya dengan pajak dan puasa menjadi rangkaian upacara kesolehan yang lalu begitu sahaja setelah berakhir bulan Ramadan. Ibadah tidak lagi menenangkan, apa lagi menyenangkan ?

     Kita juga enggan melakukan kebaikan dan sukar tersentuh dengan penderitaan orang lain. Reaksi kita semakin lambat terhadap kemungkaran di sekitar kita. Deria modal kita mati rasa, hancur sudah kesedaran kita terhadap peraturan Allah. Kita terjebak dalam aktiviti hidup yang tidak bermakna. kita juga seperti haiwan peliharaan yang makan, minum berhubungan seks, bekerja dan mempertahankan diri. Keadaannya seperti firman Allah s.w.t (maksudnya) :

"Mereka mempunyai hati yang tidak digunakan untuk mengerti. Mereka mempunyai mata yang tidak digunakan untuk mendengar. Seperti binatanglah mereka, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."
(Surah al-A'raf [7]:179)

     Sebaliknya, hati yang cemerlang dan kerap beristighfar meresapi makna daripada segala peristiwa dan menajamkan mata hati.

     Pada suatu hari, Ibrahim ibn Adham berusaha masuk ke dalam tempat mandi umum. "Hai Darwis, kamu mesti ada wang untuk masuk dan mandi. Masuk ke sini bukanlah percuma. Mana wang kamu?" Tegur si penjaga tempat itu.

     Sang sufi yang dijunjung tinggi dalam kalangan masyarakat menunduk dan menjawab, "Aku tidak ada wang."

     Si penjaga itu berkata dengan lantang, "Siapa yang tidak ada wang tidak boleh masuk ke dalam tempat ini."

     Ibrahim ibn Adham menjerit dan mencucurkan air mata dengan deras hingga orang ramai berkerumun untuk menghibur hatinya dengan berkata, "Hai Darwis, patutkah kamu menghancurkan dirimu kerana mereka tidak mengizinkanmu masuk ke dalam ini? Marilah, jangan menangis, kami akan memberimu wang untuk masuk."

     Ibrahim ibn Adham menjawab, "aku menangis bukan kerana tidak boleh memasuki tempat itu. Sikap teguh si penjaga itu mengingatkan aku pada masa depanku kelak. Jika kita dibenarkan masuk ke tempat mandi di dunia yang fana ini kecuali kita ada tiket. Maka, aku takut tidak ada harapan untuk memasuki syurga Firdaus di akhirat nanti kerana jika malaikat berkata, 'Amal soleh apa yang engkau bawa ? Tunjukkanpada kami agar kami mengizinkanmu masuk ke syurga Firdaus.' Sebagaimana aku dilarang masuk ke tempat mandi duniawi kerana tidak mampu membayar, mereka juga tidak akan mengizinkan aku memasuki Firdaus jika aku tidak ada amal soleh. tidak layakkah aku menangis dan bersedih?' Ucapan ini membuat orang ramai yang menyaksikannya termenung dan berkaca-kaca mata mereka menahan sedih.

     itulah yang membezakan Ibrahim ibn Adham dengan kita. Dia memiliki kepekaan spritual, sedangkan kita tidak.

Nabi bersabda :

"Hati orang soleh begitu lembut, sensitif, mudah menerima cahaya petunjuk Tuhan yang datang ke fikirannya, hati seorang pendosa menjadi gelap, tertutup, berkarat, keras dan maka ianya tidak dapat ditembusi cahaya petunjuk."
(Hadis riwayat Ibn Majah dan at-Tirmizi)

Ma'assalamah ya Ukhti. ASSALAMUALAIKUM :)

Saturday, 3 May 2014

Istighfar Sebagai Jalan Keluar (Bab 1)

Assalamualaikum.

"barang siapa selalu membanca istighfar maka Allah akan memberikan jalan keluar untuk setiap kesulitannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki yang tidak di sangka-sangka".
(hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Rasulullah s.w.t menyebut tentang hati dalam hadisnya:

"hati orang soleh begitu lembut, sensitif, mudah menerima cahaya petunjuk Tuhan. Hati seorang pendosa menjadi gelap, tertutup, berkarat, dan keras. Oleh itu, ianya tidak dapat ditembusi oleh cahaya petunjuk."
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmizi)

     
Kita semua mendambakan hidup yang bahagia, tetapi mengapa kita sering berjumpa dengan derita ? kita semua menginginkan keuntungan, tetapi lebih kerap mendapat malang. kita juga bukannya sering mendapat anugerah, tetapi mendapat musibah.

     wahai sahabatku pembaca semua, jangan salahkan sesiapa, sebaiknya kita lihat kembali hari-hari kita yang telah berlalu, keadaan kita saat ini adalah buah daripada rentetan perbuatan yang kita lakukan di masa lalu.

perkara ini begitu jelas dalam firman Allah s.w.t (maksudnya) :

"musibah yang menimpa kamu adalah akibat perbuatan yang kamu lakukan. dan Allah memaafkan sebahagian besar daripadanya."
(surah al-Syuraa [42]:30)

     pertanyaan yang serupa pernah dikemukakan oleh para sahabat Rasulullah s.w.t dan Allah s.w.t mengabadikannya dalam firman-Nya (maksudnya) :

"mengapa ketika kamu ditimpa musibah (pada perang uhud), padahal kamu telah mendapatkan kemenangan dua kali dalam Perang Badar, kamu mengatakan, 'Dari mana datangnya kekalahan ini ?' Katakanlah, 'kekalahan ini daripada kesalahan kamu sendiri."
(surah Ali Imran [3]:65)

jika rezeki kita merosot, maka janganlah berperasangka buruk kerana siapa tahu pada masa lalu kita memang berlumur dengan amal buruk. saat jerih payah usaha kita tidak lagi beruntung, malah rugi, maka janganlah terburu-buru mengeluh kerana berkemungkinan dosa kita sudah tidak terhitung banyaknya bagaikan pasir di pantai.

   Rasulullah s.w.t bersabda :

   "takutilah dosa, kerana dosa itu akan menghancurkan kebaikan. ada dosa yang menyebabkan rezeki tertahan, walaupun sudah disediakan kepadanya." Oleh itu, pada hadis yang lan, baginda memberikan jalan keluar, "barang siapa yang sempit rezekinya, maka beristighfarlah kepada Allah." 
(Hadis riwayat al-Baihaqi)

     jika kita mahu lebih teliti, daripada segi bahasanya dosa itu bermaksud akibat ataupun balasan. cuba sesekali kita semak dan renungkan dosa-dosa yang kita lakukan. setidak-tidaknya ada 17 ayat yang menyebutkan dosa dalam al-Quran. Di Sini cukup saya sebutkan empat saja sebagai contoh:

  1. ayat dzanb (disebut 35), yang bermaksud, "akibat ataupun balasan atas amal kesalahan kita."
  2. Itsm (disebut 48 kali) bermakna "kealpaan ataupun tidak mendapat pahala.."
  3. Sayyi'ah (disebut 165 kali) ertinya "perbuatan buruk yang menyebabkan kesedihan."
  4. Rijs (disebut 10 kali) bererti, "kotor, sama ada jasmani mahupun rohani."
     jadi, apa sahaja dosa yang dilakukan yang akan menyebabkan keburukan bakal berlaku dalam kehidupan kita. akibat buruk itu banyak sekali. Ketika membacakan ayat ke-30 surah as-Syura, Ali ibn Abi Thalib berkata,

   "Tidaklah urat tergeliat, tersandung batu, kai tergelincir kecuali kerana dosa. Tetapi yang dimaafkan Allah lebih banyak lagi."

Lebih terperinci lagi lagi Ibn Abbas menuturkan,

   "Sesungguhnya amal kebaikan menerangkan hati, mencerahkan wajah, menguatkan badan, menambah rezeki dan membangkitkan kecintaan orang ramai. Sebaliknya, amal keburukan memuramkan wajah, menggelapkan hati, melemahkan badan, mengurangkan rezeki dan membangkitkan kebencian orang ramai."
(Abu Dzar al-Qalamuni, Faghfiru ila Allah, m/s27)

Ma'assalamah...La Tahzan ya Ukhti , perbanyakkan istighfar agar anda menemui jalan keluar. Wassalam.