Tuesday, 15 September 2015

Mengalah

Jika aku angkat tangan hari ini,
Apa jadi dengan segala usaha bertubi aku,
Di saat aku ghairah ingin mendapatkannya?

Atok ada kata,

Kau tanam benih hari ini,
Belum tentu esok lusa dia naik kekal.
Tapi percaya selagi benih ditelan tanah, selagi itu kau belum gagal.

Paksa

Manusia kadangnya melepasi batasan.
Ada beberapa perkara yang tidak boleh dipaksa.

Perasaan.
Takdir.
Nyawa.
Keadaan.

Tahan hati,
Walau sekuat mana dia memberontak.
Semoga hari esok lebih baik.
Dan segala mimpi ngeri tinggal hanya mimpi.

Sabarlah.

Sunday, 2 August 2015

Sahabat II'

Sahabat,
Mungkin kau tidak pernah rasa apa yang aku rasa,
Mungkin pada kau ini hanya lah perkara biasa,
Mungkin ini kau tidak pernah lihat apa yang aku lihat.

Tapi,
Setiap apa yang kau lakukan aku rasa kesedihan,
Aku rasa setiap perbezaan antara kau dan aku,
Aku juga terasa setiap gerak geri kau bersama sahabat lain.

Dan di antara sahabat sahabat lain, 
Aku terasa hangat kelainan itu sungguh kuat.

Maaf sahabat, aku bukan sahabat yang terbaik untuk kalian. 

Hidup kita sama, 
Jurang kita yang berlainan.

Sedih'

Siapa sedih?
Orang yang rasa dirinya sudah diabaikan.

Sedih?
Sudah tentu,
Orang yang dulu kita rapat kian renggang dek waktu.

Dia,
Orang yang dulunya banyak berkongsi cerita kini berdiam.

Orang baru,
Kerap kali dia bergelak sesama dia tanpa menghiraukan aku.

Mungkin,
Aku bukan sahabat yang baik,
Mungkin aku bukan sahabat yang tepat buat si dia;

Mungkin,
Ini sudah ditetapkan.

Saturday, 1 August 2015

Manusia'

Manusia,
Sering kali dia petah berbicara,
Mengikut hati, tanpa perasaan.

Kadang,
Setiap perkara yang mereka lakukan,
Tidak ada satu pun yang mereka hargai.

Tidak,
Mereka jarang sekali hendak hargai,
Segala pemberian, mahupun perlakuan;
Hanya memandang sebelah mata.

Kasihan?
Sudah pasti tidak,
Kadang hanya lah satu pembaziran.

Sia-sia?
Jarang sekali pada si dia yang melakukan kebaikan.

Tapi,
Jika ia tidak di hargai,
Buat apa kita mahu kasihankan si dia?

Terasa hati,
Mungkin, apa yang dilakukan tidak pernah dihargai. 

Ikut hati,
Fikirkan diri sendiri, 
Tapi;
Akal bijak mengatakan, bantu selagi mampu.

Ikut nafsu,
Pasti tidak mampu.

Friday, 3 April 2015

"Dia"

bagaikan aku dapat merasakan yang engkau telah hadir kembali?
sedangkan aku cuba untuk melupakan mu.

setelah aku memerhatikannya.
aku bagai dapat merasakan hadirnya kau di dalam satu sudut.
entah bagaimana harus aku lakukan.
untuk membuang perasaan rasa itu.

Tuesday, 16 December 2014

Kata kata

Kita tak pernah sedar dengan setiap kata kata yang pernah kita ucapkan.
Kasar, sentap, tersinggung, lembut, sakit hati.
Itu semua kita tak pernah tahu apa perasaan orang dengan kata kata kita.

Kita berkata kata tanpa menggunakan akal fikiran kita.

Adakah orang akan memaafkan setiap yang pernah dilakukan?
Adakah dengan mudah orang akan menerimanya?